REHAB KASI MANTAP
Tak sangka gitu gini dah.....uisgghh.....dah 3 tahun aku sakit jantung 3 tahun takleh nak buat kerja uiama aku dulu tu. Tapi.....kalau makan tidur aja kat rumah memang. makin jadi lembik & kudut la kita kan? Lutut boleh jem!! Alhamdulillah nama aku naik antara pesakit yang kena ikut siri jadual rehablisasi kat hospital jugak. Kena datang buat rehab seminggu sekali selama 10 minggu. Ha ah bagus sesi ni. Macam feeling gi gym juga ada banyak macam senaman boleh buat Wahh siap ada info, ada motivasi, ada ujian Kecerdasa minda, eh banyak lagi. Bagus utk rohani & jasmani luaran & dalaman kita. He he....aktiviti biasa kat rumah macam lipat baju ke menyapu rumah ke pun ada ye, kasi kita sedar buatlah apa sahaja kerja asalkan bukan melepek je kat rumah. Kena ubah gaya hidup. Yeah